News Ticker

Menu
Previous
Next

Latest Post

Masakan Laut

Nasi

Masakan

Kuih-kuih

Masakan Ayam

.

Recent Posts

Apam Aiskrim Cornetto

Sunday, February 28, 2016 / No Comments
• Saiz hidangan: 5 orang
• Waktu memasak: 20 minit
• Jenis hidangan: Melayu
• Keistimewaan: Bentuk seakan aiskrim dan sesuai untuk parti hari jadi.
• Jenis penyediaan: Menu tranding
• Cara memasak: Kukus
• Anggaran harga: RM /0.00
BAHAN-BAHAN:
190gm tepung gandum (diayak)
2 biji telur
60gm gula
90ml aiskrim soda
1/2 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanila
Pewarna kegemaran
Kon kertas secukupnya
100gm coklat masakan (dicairkan)
Badam panggang cincang (hiasan)

CARA MEMASAK:
1. Pukul gula, ovalette dan telur sehingga gebu dan ringan.
2. Masukkan tepung dan esen vanila. Kaup balikkan sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan aiskrim soda dan gaul rata.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kesukaan anda.
S. Susun kon di dalam periuk kukusan dengan meletakkan hujung kon pada lubang kukusan.
6. Paipkan adunan selapis demi selapis mengikut warna pilihan anda.
7. Kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana sehingga apam masak. Biarkan seketika sehingga apam sejuk.
8. Cairkan coklat masakan, tuang di atas apam dan taburkan badam dengan secukupnya.
9. Masukkan ke dalam peti sejuk seketika untuk mengeraskan coklat.
10. Tanggalkan kertas kon dan sedia untuk dinikmati.

Kuih Permata Hati

/ No Comments

• Saiz hidangan: 6 orang
• Waktu memasak: 20 minit
• jenis hidangan: Melayu
• Keistimewaan: Bentuk yang unik serta rasa yang /emak manis
• Jenis penyediaan: Menu tranding
• Cara memasak: Didih dan kukus
• Anggaran harga: RM 13.00
BAHAN INTI:
1 biji kelapa parut putih
3 ketul gula Melaka
2 sudu makan gula pasir 250ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan

BAHAN ADUNAN PERMATA:
125gm tepung beras pulut
20gm tepung gandum
100ml air
Pewarna makanan merah, hijau dan kuning secukupnya

BAHAN ADUNAN PUTIH:
190ml santan pekat
300ml air
60gm tepung beras
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa

TAMBAHAN:
Acuan lompang
Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Inti: Masukkan kelapa, gula Melaka, gula pasir, air, garam dan daun pandan ke
dalam periuk. Masak sehingga sebati dan gula Melaka larut. Ketepikan.
2. Adunan permata: Bancuh tepung pulut, tepung gandum dan air. Uli sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian dan warnakan dengan pewarna hijau, kuning dan merah.
3. Ambil secubit adunan, leperkan dan masukkan inti kelapa tadi. Bulatkan adunan dan masukkan ke dalam acuan lompang. Ulang sehingga habis adunan.
4. Adunan putih: Bancuh kesemua bahan dan masak hingga naik wap. Ketepikan.
5. Bagi menyediakan kuih permata hati, panaskan periuk kukusan dan sapu acuan lompang dengan sedikit minyak.
6. Tuang adunan putih ke dalam acuan lompang yang telah diisi doh permata berwarna
7. Kukus selama 20 minit atau sehlngga masak.

Sumber: dRasa

Bebola Keju Makaroni

Tuesday, February 23, 2016 / No Comments
• Saiz hidangan: 5 orang
• Waktu memasak: 35 minit
• Jenis hidangan: Moden
• Keistimewaan: Kaya dengan rasa keju
• Jenis penyediaan: Menu tranding
• Cara memasak: Rebus, tumis dan goreng
• Anggaran harga: RM 12.00

BAHAN-BAHAN:
250gm makaroni I direbus dan ditoskan
2 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
180gm susu segar
200gm keju mozzarella I diparut
1 sudu teh mix herbs
100gm serbuk roti
1 sudu teh serbuk lada hitam
20gm daun bayam hijau
2 ulas bawang putih (dicincang)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng

BAHAN SALUTAN:
Serbuk roti secukupnya
1 biji telur (dipukul sedikit)
Sedikit tepung gandum

Bahan sos:
200gm tomato dalam tin
2 ulas bawang putih I dicincang
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh oregano
1 sudu teh mixed herbs
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan mentega. Tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau.
2. Kemudian masukkan susu segar, mix herbs, serbuk roti, serbuklada hitam dan garam. Kacau lagi sehingga sebati. Tambahkan keju yang telah diparut. Biarkan bahan-bahan tersebut sebati dan keju cair.
3. Masukkan makaroni dan gaul sekata. Tambahkan daun bayam hijau. Apabila sayur masak, padamkan api dan bentukkan makaroni menjadi bentuk bebola.
4. Celup bebola makaroni ke dalam tepung gandum diikuti bancuhan telur. Kemudian salutkan dengan serbuk roti hingga rata.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Toskan minyak.
6. Untuk menyediakan sos, tumis bawang putih cincang sehingga wangi dan barulah dimasukkan kesemua bahan yang lain. Kacau sebati.
7. Hidangan bebola makaroni bersama sos sedia untuk dinikmati.

Mozarella Udang Goreng Dan Sos Salted Gula Melaka

/ No Comments
 • Saiz hidangan: 4 orang
• Waktu memasak: 20 minit
• jenis hidangan: Moden
• Keistimewaan: Udang yang rangup dan sos yang pekat berperisa.
• jenis penyediaan: Pembuka selera
• Cara memasak: Goreng dan didih
• Anggaran harga: RM 12.00

BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang harimau (dibuang kulit dan dibersihkan)
10 keping kultt wantan
150gm keju mozzarella
Sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak untuk mengoreng

BAHAN SOS:
80gm gula N elaka
125ml air
1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:
1. Lumurkan udang dengan sedikit serbuk lada hiram dan garam rata-rata.
2. Kemudian, ambil sedikit keju mozzarella dan letak di atas kulit wantan.
3. Letakkan isi udang dan tambah sedikit lagi keju dan bungkus kemas kulit wantan. Lekatkan kulit wantan dengan sedikit air.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Ketepikan.
5. Untuk menyediakan sos, panaskan air dan gula Melaka sehingga pekat dan masukkan garam. Ubah suai rasa mengikut citarasa anda. Nikmatinya bersama udang Mozarella tadi.

Sambal Kicap Ayam

Monday, February 22, 2016 / No Comments
Bahan
500 gm ayam
1 batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
3 s/b sos tamato
5 s/b kicap
minyak
garam [jika perlu]

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5. Masakkan sehingga naik minyak.
6. Hidangkan.


Sumber: Chef Hanieliza 

Nasi Ayam

/ No Comments


Bahan
1 ekor ayam [potong 4]
4 tin susu beras AAA
5 ulas bawang putih [ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kicap cair
2 helai daun pandan [simpulkan]
garam secukupnya

Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang [racik]
bawang goreng

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Cara membuat
1. Rebuskan ayam, halia, bawang putih, garam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
3. Lumurkan kicap cair pada ayam dan gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga masak
4. Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
5. Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. [Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.]
6. Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
7. Sayur dan ayam dipotong kecil.
8. Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng.

Tips
Ayam boleh juga dibakar pada suhu 180’C selama 30 minit.

Sumber: Chef Hanieliza

Udang Goreng Mentega

Thursday, October 15, 2015 / No Comments
BAHAN-BAHAN:
1 kilo udang
8 ulas bawang putih | tumbuk
1/2 biji bawang besar kuning | cincong
3 tangkai daun kari
8 biji cili padi | hiris
1 tin susu cair
90gm mentega
Minyak secukupnya
5gm tepung jagung | boncuh dengan sedikit air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan mentega di dalam kuali sehingga mentega cair.
2. Tumis bawang putih, kemudian masukkan bawang besar.
3. Setelah wangi, masukkan pula daun kari dan cili. Kacau rata.
4. Masukkan pula udang dan biarkan seketika ia rata dan masak sebelum dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA